ARTIKEL

236 kediaman dibaik pulih di Kuala Rajang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sebanyak 236 kediaman rakyat kurang mampu bakal dibaik pulih menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak kawasan Kuala Rajang yang kini memasuki fasa ketiga.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, program bertujuan meringankan beban pemilik rumah itu dilaksanakan dari semasa ke semasa namun mengikut keperluan dan syarat tertentu.

Daripada jumlah itu katanya, 132 rumah terletak di bawah Zon Sarikei manakala 104 lagi Tanjung Manis.

“Fasa ketiga ini adalah susulan kejayaan projek fasa pertama dan kedua yang dilaksanakan sebelum ini.

“Projek melibatkan peruntukan sebanyak RM1juta ini juga membabitkan penduduk panjang yang layak,” katanya.

Beliau yang juga Adun Kuala Rajang berkata, usaha GPS memperkenalkan skim itu bukan bermusim.

Bagi tujuan itu katanya, Jawatankuasa Baik Pulih Rumah bertindak mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Beliau juga mahu semua pemimpin peringkat akar umbi bersikap lebih proaktif dan rajin turun padang mendampingi penduduk di kawasan masing- masing.

“Ini amat penting bagi mengelak kekeliruan dan tohmahan daripada mereka yang tidak faham atau mempunyai niat jahat dengan memutarbelitkan fakta sebenar.

“Saya mahu masyarakat termasuk ketua kampung dan tuai rumah sentiasa berkerjasama bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasaran,” katanya sambil menambah peruntukan bertujuan mempercepat dan memperluaskan usaha mengatasi masalah asas yang dihadapi golongan sasar.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira