ARTIKEL

24 pasukan dijangka sertai kejohanan takraw belia yang berlangsung Mei depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching (PSTBK) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Belia Bawah 20 Tahun.

Pengerusi kejohanan, Jaffary Idris, memberitahu bahawa kejohanan terbabit akan berlangsung di Dewan Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Petra Jaya bermula dari 1 hingga 3 Mei depan.

Menurut Jaffary, dua kategori dipertandingkan pada saingan kali ini, iaitu regu dan beregu.
“Kita mengalu-alukan pasukan yang berminat untuk menyertai kejohanan kali ini.

“Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya di talian 013-8159845, Jaya Awang di talian 013-5115068 dan Cikgu Openg di talian 019-4596636.

“Untuk makluman, kuota ditetapkan terhad kepada 24 pasukan bagi kedua-dua kategori,” ujar Jaffary kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, hadiah wang tunai menarik menanti kelompok tiga terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Hadiah wang tunai RM700 dan piala untuk pasukan yang berjaya muncul juara kategori regu. Naib juara akan menerima wang tunai RM500 beserta piala.

Manakala, wang tunai RM150, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, pasukan yang muncul juara kategori beregu akan menerima wang tunai RM500 beserta piala.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM300 termasuk piala. Sementara itu, wang tunai RM150, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,