ARTIKEL

2,500 rumah RSP dalam masa dua tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebanyak 2,500 buah Rumah Spektra Permata (RSP) akan siap dibina dalam tempoh masa dua tahun akan datang apabila fasa pembinaan dilaksanakan dalam kadar segera.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapa’ee berkata, Kerajaan Sarawak berjanji untuk membina RSP ini dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tahun 2019 hingga 2021.

Katanya, setakat ini, 1,380 unit rumah RSP telah siap dibina dan selebihnya masih dalam proses pembinaan. “Dalam erti kata lain, kita mempunyai baki 1,100 unit RSP yang akan dibina dan lokasinya telah dikenal pasti di seluruh Sarawak,” katanya kepada media selepas pelancaran RSP di Dataran Bau.

Annuar menambah, beberapa unit pertama telah siap dibina dan orang ramai telah membuat pinjaman malah telah berpindah ke rumah tersebut.

Bagaimanapun katanya, baki rumah RSP yang belum dibina harus bermula pada tahun ini kerana tarikh akhir adalah pada tahun 2021.

“Oleh kerana projek ini bermula pada tahun 2019 dan berakhir pada tahun 2021, pembinaan perlu bermula sekarang dan disiapkan menjelang tahun depan,” jelasnya.

Selepas majlis pelancaran RSP semalam, Annuar gembira melihat inisiatif ini diterima baik oleh rakyat di sini. “Rakyat memberi respon yang sangat baik, ini bermakna terdapat banyak permintaan untuk rumah RSP ini.

“Oleh itu, saya fi kir kementerian dan Adun Tasik Biru (Datuk Henry Harry Jinep) akan membincangkan isu ini dan melihat untuk membina lebih banyak rumah RSP di Bau,” ujarnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU