ARTIKEL

250,000 pekebun terlibat industri sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) menggesa belia Sarawak membantu memainkan peranan penting dalam mengembangkan kuasa Malaysia dalam industri minyak sawit mampan sekali gus memberi penekanan terhadap kelebihan pasaran global sektor itu.

Presidennya, Joseph Janting, berkata, pada 2022, hasil eksport minyak sawit Malaysia mencecah RM135 bilion, menyumbang 2.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan eksport diunjur meningkat kepada 16.30 juta tan pada 2023.

Menurutnya, pekebun kecil yang menjadi penyumbang 30 hingga 40 peratus daripada penanaman dengan seramai hampir 250,000 pekebun, yang kebanyakannya di Johor, Sarawak dan Sabah, adalah penting untuk kejayaan industri.

“Pekebun kecil ini mencari rezeki untuk banyak keluarga dan ini merupakan peluang untuk belia yang turut menjadi penyumbang kepada pengeluaran minyak sawit.

Secara umumnya, sektor pertanian, termasuk minyak sawit telah menggaji 1.86 juta orang pada 2022.

“Minyak sawit menjadi punca rezeki bagi ramai rakyat Malaysia, terutamanya di Sarawak.

Pekebun kecil yang membentuk sebahagian besar industri, bukan sahaja menyara keluarga mereka tetapi juga membuka jalan kepada belia kita untuk melangkah ke sektor yang menjanjikan kemampanan dan pertumbuhan yang rancak,” katanya dalam satu kenyataan.

Joseph berkata, minyak sawit merajui usaha Malaysia ke arah amalan pertanian mampan dan meletakkan negara dalam kedudukan yang unik untuk memimpin pasaran di peringkat global.

Situasi itu ujarnya, memberi manfaat bukan sahaja pada masa kini tetapi generasi akan datang sekali gus menjadi platform kepada mereka untuk berkembang dan berkembang maju.

”Sekitar 96 peratus ladang sawit Malaysia kini diperakui Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) di bawah skim Minyak Sawit Mampan Malaysia.

Ini piawaian kemampanan mandatori kebangsaan baharu yang boleh dikuatkuasakan oleh undangundang, dan yang pertama seumpamanya di dunia.

”Langkah positif kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan had kawasan ladang ditubuhkan pada 2019 hingga 2023 dan undang-undang perhutanan baharu yang digubal pada 2022 untuk memperketatkan hukuman bagi pembalakan haram.

”Inisiatif kerajaan Malaysia dan syarikat minyak ini nampaknya membuahkan hasil dengan kira-kira 83 peratus kapasiti penapisan minyak sawit kini beroperasi di bawah dasar ‘Tanpa Penebangan Hutan, Gambut dan Eksploitasi (NDPE),” jelasnya.

Joseph juga menekankan kadar penebangan hutan di Malaysia menyaksikan trend menurun, dengan Pengawasan Hutan Global (GFW) yang melaporkan terdapat penurunan ketara kehilangan hutan di negara ini.

Melihat kepada impak sektor ini terhadap ekonomi tempatan katanya, TRADA percaya bahawa belia Sarawak boleh membantu menjadi kunci meningkatkan potensi pertanian untuk menggerakkan prestasi ekonomi domestik.

Di samping itu katanya, TRADA melihat golongan muda mampu menjadi salah satu entiti dalam memastikan kejayaan berterusan dan membina naratif positif industri minyak sawit di peringkat tempatan dan global.

”Dengan melibatkan belia dalam pertanian kelapa sawit, Sarawak akan mendapat lebih nilai dalam pengeluaran, pengedaran dan logistik.

Ini juga akan meningkatkan guna tenaga dalam sektor itu, yang mana amat penting bagi Malaysia dalam memperluaskan penguasaan dalam industri ini,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU