ARTIKEL

Omar ketika meninjau sekolah-sekolah yang terjejas banjir di Kuching hari ini.

26 sekolah di Sarawak tidak dapat beroperasi esok akibat banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan 2026 esok berikutan kesan banjir.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, berdasarkan Tinjauan Kebolehoperasian Sekolah-Sekolah Terjejas Banjir di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, kesemua sekolah terbabit berada di bawah tiga Pejabat Pendidikan Daerah iaitu Daro, Selangau serta Tatau dan Sebauh.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 19 sekolah terletak di daerah Tatau dan Sebauh iaitu SJK(C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo dan SK Kuala Kebulu.

Sekolah-sekolah lain yang terjejas ialah SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng. Penyarai, SK Ng. Tau, SK Pandan, SK Rh. Tayai, SK Sebauh, SK Sg. Bukit Balai, SK Sg. Genaan, SK Sg. Sebungan, SK Sg. Sengian dan SK Sg. Bagian.

“Semua sekolah ini tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah dinaiki air, jalan ke sekolah terputus serta kawasan sekolah dilanda banjir,” katanya ketika dihubungi.

Omar berkata di Selangau, empat sekolah terbabit iaitu SK St. Mark, SK Nanga Selangau, SK Kuala Lemai dan SK Ulu Sg. Arip.

“Sekolah-sekolah tersebut tidak dapat beroperasi kerana paras air telah memasuki kelas dan kawasan sekolah yang membahayakan keselamatan,” jelasnya.

Di Daro, tiga sekolah yang terjejas ialah SK Kg. Pangtray, SK Ok Selair dan SJK(C) Chung Hua ekoran kawasan sekolah masih dinaiki air, kawasan kampung belum surut sepenuhnya serta akses jalan ke kampung dan sekolah masih dilanda banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Omar berkata lapan buah sekolah rendah turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara termasuk SK Bukit Arip di Selangau.

Beliau menyatakan tujuh lagi sekolah terlibat sebagai pusat pemindahan adalah di Serian iaitu SJK(C) Chung Hua Batu 29, SK Krusen, SK Pangkalan Sorah, SK St Peter, SK Tanah Merah, SK Tanah Puteh dan SK Tebakang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road