272 mangsa banjir di Bintulu ditempatkan di dua PPS

KUCHING: Seramai 272 orang daripada 84 keluarga yang terjejas banjir masih ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, terdapat dua buah PPS masih dibuka di bahagian tersebut setakat jam 4 petang ini.

“Seramai 46 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Stadium Muhibah manakala 226 mangsa daripada 73 keluarga ditempatkan di Dewan Suarah Bintulu,” katanya.

Setakat laporan ditulis, jumlah keluarga dan mangsa masih kekal sama.

Suara Sarawak