ARTIKEL

AKAN BERENTAP…Wakil pasukan terlibat bersama jawatankuasa penganjur pada sesi cabutan undi semalam.

28 pasukan berentap dalam kejohanan futsal di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Futsal X-Tive Bahagian Mukah 2025 akan berlangsung di gelanggang futsal Kampung Boom Oya, Mukah pada Sabtu dan Ahad (2 & 3 Ogos) ini dijangka sengit.

Sebanyak 28 pasukan mewakili pelbagai kelab akan beradu nasib sepanjang dua hari itu bagi memburu gelaran juara edisi kali ini.

Pengerusi Kejohanan, Ahmad Zain Ali memberitahu, kejohanan ini merupakan anjuran bersama antara Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dan Mukah YT Football Club (MYTEAM) bersempena dengan Program Sarawak X-Tive 2025.

“Kita menjangkakan saingan kali ini sengit kerana pasukan yang turut serta mempertaruhkan ramai pemain handalan serta berpengalaman,” ujar Zain kepada Arena Suara Sarawak.

Semalam berlangsung sesi cabutan undi bertempat di Pusat Kegiatan Belia Mukah.

Beliau berkata, hadiah ditawarkan untuk tiga kelompok pasukan terbaik cukup lumayan sekali.

“Pasukan yang berjaya merangkul gelaran juara akan menerima wang tunai RM2,500 beserta piala dan pingat.

“Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,500 selain piala dan pingat,” tambah Zain lagi.

Katanya, dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima want tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Tidak hanya itu, pihak penganjur juga menyediakan wang tunai RM100 bersama piala bagi pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan