ARTIKEL

28 Tangan Hitam Sindiket Judi Antarabangsa Ditahan di Kuching!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian dalam talian yang beroperasi dalam bentuk pusat panggilan selepas menahan 28 individu dalam dua serbuan di pangsapuri sekitar Jalan Song di sini semalam.

Serbuan dijalankan sekitar jam 2 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dengan kerjasama Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hasil maklumat risikan Op Dadu Mega (Calling Centre).

“Dalam operasi tersebut, polis menahan tiga lelaki tempatan serta 24 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia antara 19 hingga 40 tahun.

“Pelbagai peralatan seperti komputer telefon bimbit dan peranti elektronik turut dirampas kerana dipercayai digunakan untuk mengendalikan aktiviti perjudian dalam talian” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson menambah, siasatan awal mendapati kumpulan ini menjalankan kegiatan sebagai pusat panggilan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan laman web untuk mempromosikan perjudian dalam talian.

Katanya, sasaran mereka adalah pelanggan dari luar negara khususnya Australia dan China manakala sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama kira-kira empat bulan.

“Semua individu yang ditahan disyaki bekerja sepenuh masa dengan sindiket berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Polis turut menyiasat kesalahan imigresen membabitkan beberapa suspek warga asing kerana berada di Malaysia tanpa pas atau permit sah, serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada 23 Disember 2025 dan dibenarkan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut” katanya lagi.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU