ARTIKEL

PULANG…Antara warga Indonesia yang selesai menjalani hukuman di Malaysia dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing di sempadan Tebedu, semalam.

282 Warga Indonesia Dihantar Pulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Tiga belas kanak-kanak antara 282 warga Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sempadan Tebedu, semalam.

Program yang diselaraskan oleh Depot Imigresen Semuja dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam mengurus penghantaran pulang tahanan warga asing secara teratur, selamat dan mengikut prosedur perundangan.

Menurut jurucakap JIM Sarawak, proses dokumentasi dan pemeriksaan keselamatan dilaksanakan secara berperingkat sebelum semua tahanan dibawa ke pintu sempadan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia.

“Daripada jumlah keseluruhan yang dihantar pulang, 220 orang ialah lelaki, 49 wanita, sembilan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata, program berkenaan diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Shareena Mohamad Shuib, dengan pemantauan rapi anggota penguat kuasa bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Menurutnya, kehadiran kanak-kanak dalam kumpulan tahanan itu memberi gambaran bahawa isu migrasi bukan sahaja melibatkan pekerja asing, malah turut membabitkan institusi keluarga yang memasuki negara ini tanpa dokumen sah atau tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

“Kerjasama erat dengan pihak kedutaan dan konsulat asing akan terus diperkukuh bagi mempercepat urusan dokumentasi serta penghantaran pulang tahanan warga asing ke negara asal masing-masing,” katanya.

Tambah JIM Sarawak, program pemindahan seperti itu juga menjadi antara mekanisme penting dalam memastikan depot tahanan imigresen dapat diurus secara sistematik dan mengurangkan kesesakan di pusat tahanan imigresen.

Pada masa yang sama, langkah tersebut mencerminkan pendekatan kerajaan Malaysia dalam menangani isu migrasi rentas sempadan secara berhemah, profesional dan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat