ARTIKEL

300 beg untuk pelajar tiga sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Gerakan Kemajuan Kota dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang bekerjasama memberikan bantuan beg sekolah kepada pelajar tiga sekolah di kawasan tersebut.

Sejumlah 300 beg sekolah iaitu 150 beg diserahkan kepada SJK Chung Hua Batu 10 dan masing-masing 75 beg untuk SK Landeh dan SK St David.

Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan berkata, beg sekolah tersebut untuk pelajar yang memerlukan.

“Dalam situasi peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini, kita akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk menanganinya.

“Kami berterima kasih kepada badan bukan kerajaan yang telah membantu dengan menyumbangkan barang keperluan harian kepada penduduk di kawasan ini,” katanya kepada pemberita di SJK Chung Hua Batu 10, di sini, semalam.

Beliau yang hadir untuk menyampaikan sumbangan beg sekolah semalam turut mendedahkan membeli alat pengimbas suhu automatik bernilai kira-kira RM3,600 untuk lima sekolah.

“Antara sekolah tersebut adalah SJK Chung Hua Batu 10; SK Batu Kitang; SK Jalan Arang; SJK Chung Hua Batu 4 1/2 dan SJK Sam Hap Hin,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri yang melakukan operasi pembasmian kuman di sekolah, tempat ibadat dan tempat awam dalam kawasan mereka.

“Saya sangat gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk membantu masyarakat.

“Ia jelas menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat kesukarelawanan serta penglibatan masyarakat,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road