ARTIKEL

Tertuduh (baju hitam) ditemani isterinya keluar dari Mahkamah Sesyen 3.

34 tahun penjara, 24 sebatan untuk bapa durjana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah lakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh berusia 41 tahun itu didapati bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama, dan dibacakan bersama Seksyen 16 (1) Akta yang sama.

Hakim Musli Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya berusia 15 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah, pada bulan Disember 2022 dan 8 Ogos 2023.

Musli menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan untuk hukuman di bawah Seksyen 14 (a) SOACA 2017, dan tambahan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan bagi hukuman mengikut Seksyen 16 Akta yang sama bagi setiap pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berturut-turut berkuat kuasa hari ini, sekali gus menjadikan jumlah hukuman penjara 34 tahun dan 24 sebatan.

Menurut fakta kes, kejadian pertama pada Disember 2022, tertuduh masuk ke dalam bilik tidur mangsa lalu mengunci pintu dan melakukan amang seksual fizikal dengan meraba payudara, dan menyentuh kemaluan mangsa menggunakan kemaluannya.

Mangsa memberitahu tertuduh supaya jangan bertidak demikian kerana bimbang ibunya mengetahui, namun tertuduh memberitahu supaya jangan memaklumkan kegiatan mereka.

Sejak dari kejadian tersebut, mangsa mengalami trauma berat.

Pada April 2023, guru kelas memanggil mangsa untuk bertemu secara peribadi kerana berasa bimbang akan keselamatan anak muridnya, selepas melihat parut besar pada pergelangan tangan mangsa.

Semasa perbualan tersebut, mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk bapa tirinya, dan cikgu menasihati agar memberitahu ibunya tetapi dia enggan berbuat demikian kerana bimbang ibunya tidak percaya.

Kemudian, pada 5 Ogos 2023, tertuduh mengulangi perbuatan terkutuknya sekali lagi. Mangsa yang mengalami tekanan emosi berat lalu memberitahu kejadian tersebut kepada gurunya.

Susulan itu, guru terbabit memaklumkan kepada ibu mangsa tentang perbuatan suaminya namun tidak mempercayai perkara yang diceritakan anaknya.

Berlaku pergaduhan kecil di rumah mereka, apabila tertuduh bertindak menghalau mangsa keluar daripada rumah. 

Ibu mangsa yang tidak percayakan mangsa berpihak kepada suaminya turut membiarkan mangsa dihalau daripada rumah.

Mangsa yang pasrah lalu dihantar pulang ke rumah neneknya, dan dia menceritakan kejadian tersebut kepada ibu saudaranya dan neneknya.

Nasib berpihak kepada mangsa apabila ibu saudaranya membawa dia ke hospital untuk menerima rawatan sekali gus membuat laporan polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh  Timbalan Pendakwa Raya Asmawi Nur Haqim Mokhtar. Manakala tertuduh diwakili Peguam Arthur Liang Dawat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira