ARTIKEL

Anggota Polis IPD Julau yang menyertai Latihan Keselamatan Kebakaran pada Jumaat.

35 anggota polis sertai latihan keselamatan hadapi kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Seramai 35 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau telah menyertai Latihan Keselamatan Kebakaran yang diadakan di pejabat berkenaan, semalam.

Latihan ini dianjurkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota polis mengenai aspek keselamatan kebakaran serta memperkukuh kemahiran dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran.

Program ini dikendalikan oleh lima pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, yang turut merangkumi ceramah keselamatan serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan ini menekankan aspek pencegahan kebakaran dan amalan keselamatan di tempat kerja agar setiap anggota lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Latihan berkala seperti ini sangat penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut adalah antara usaha berterusan pihak bomba dalam memperkukuh kesedaran keselamatan kebakaran, khususnya di pejabat kerajaan dan premis awam.

Beliau turut memaklumkan bahawa sepanjang latihan berlangsung, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan semua aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancang.

Jelasnya lagi, Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor sentiasa mengalu-alukan sebarang permohonan latihan seumpama itu daripada mana-mana agensi atau organisasi di kawasan sekitar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU