ARTIKEL

360 sertai Larian Ria Pesta Kaul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUAT julung kalinya Larian Ria dianjurkan sempena dengan Kaul Mukah 2023. Larian anjuran Kelab Sukan Rekreasi Politeknik Mukah (KESURES) dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah (PMM) ini yang akan disertai 360 peserta dari sekitar Mukah, Oya, Dalat, Balingian, Sibu, dan Bintulu.

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 seorang, para peserta akan mendapat t-shirt, medal, bib, gelang tangan dan layak untuk cabutan bertuah.

Sepuluh hadiah wang tunai disediakan bagi setiap kategori, tempat pertama akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua RM200, Ketiga RM100, tempat keempat hingga keenam RM50 dan Tempat ketujuh hingga kesepuluh mendapat RM30.

Larian kali ini mendapat tajaan daripada Everwin Mukah, PMG Pharmacy Mukah, Press Metal Bintulu, OM Materials Bintulu, Subali Pack, Bank Rakyat Mukah, RHB Bank Mukah, dan Bintulu Development Authority (BDA).

Pihak Jawatankuasa penganjur Larian Ria Kaul Mukah 2023 KESURES dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM3,480 untuk dimenangi.

Kategori lelaki terbuka 45 tahun ke bawah, Llelaki vateran terbuka 45 tahun ke atas, wanita terbuka 45 tahun ke bawah dan wanita vateran terbuka berumur 45 tahun dan ke atas disediakan untuk penyertaan.

Pelari yang memenangi tempat terdahulu dari keempat- empat ketegori yang disediakan dengan hadiah wang tunai RM300, kedua RM200, ketiga RM100, keempat hingga keenam RM50 dan ketujuh hingga kesepuluh pula RM30 serta masing-masing bersama medal acara.

Manakala kesemua peserta yang terlibat yang berjaya menghabiskan lima kilometer larian mereka juga disediakan dengan sebuah medal.

Larian Ria Kaul Mukah 2023 akan dilangsungkan pada 1 Mei di Tapak Kaul Mukah pada jam 6.30 pagi. Untuk pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda yang berminat boleh menghubungi telefon Zaleha (011-19793972), Faridzah (013- 8184030) ataupun Tasha (016- 8736264).

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha