ARTIKEL

Gambar hiasan

4 Kanak-Kanak Maut Ditikam Di Pusat Asuhan Uganda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAMPALA: Empat kanak-kanak maut pada Khamis ditikam di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di ibu negara Uganda, Kampala, menurut pihak polis, lapor Xinhua.

Jurucakap Polis Metropolitan Kampala, Rachael Kawala dalam satu hantaran di platform media sosial X berkata, penyerang telah menceroboh masuk ke Sekolah Program Pembangunan Awal Kanak-kanak Ggaba di Bahagian Makindye dan melakukan serangan berkenaan.

Kawala memaklumkan suspek telah ditangkap dan motif serangan masih dalam siasatan, sambil menambah butiran lanjut akan menyusul kemudian.

Akhbar tempatan, The Daily Monitor memetik saksi yang mendakwa suspek menyamar sebagai seorang bapa untuk masuk ke sekolah berkenaan, bercakap dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum mula menyerang kanak-kanak seorang demi seorang.

Penduduk yang berang cuba membelasah suspek, namun polis campur tangan dan berjaya membawa suspek ke dalam trak polis yang sedang menunggu. Pasukan keselamatan, termasuk anggota polis dan tentera, telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyuraikan orang ramai.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira