ARTIKEL

4 pasukan Liga Super dapat lesen AFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat pasukan Liga Super berjaya memperoleh Lesen Pelesenan Kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024-2025, menurut Jawatankuasa First Instance Body (FIB) hari ini.

Pengerusi FIB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata kelab yang berjaya mendapatkan lesen berkenaan ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Sabah FC dan Penang FC.

Beliau berkata keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat FIB ke-10 yang diadakan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.

“Enam kelab Liga Super telah memohon Lesen Pelesenan Kelab AFC bagi kitaran 2024-2025 iaitu JDT, Selangor, Sabah, Penang, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.

“Namun, hanya empat kelab sahaja yang berjaya memperoleh lesen berkenaan iaitu JDT, Selangor, Sabah dan Penang, manakala dua lagi — Terengganu dan Kedah Darul Aman — tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap lebih banyak kelab tampil memohon lesen itu bagi memastikan saingan Liga Super terus kekal kompetitif. — BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha