ARTIKEL

4 penagih dadah gagal larikan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Empat penagih dadah dicekup selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan dinaiki mereka ditahan polis, lebih kurang jam 8.45 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata keempat-empat lelaki berusia 22, 42, 39 dan 35 tahun yang bekerja sendiri itu ditangkap oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah ( BSJN IPD) Bau di kawasan Taman Mutiara, di sini.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta digunakan mereka menjumpai dua paket mengandungi dadah jenis syabu di tempat duduk sebelah kiri bahagian belakang, yang dianggar seberat 2.22 gram dengan nilai RM250,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek yang dibawa ke pejabat BSJN IPD Bau untuk saringan air kencing juga mendapati mereka positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Poge menambah tiga daripada suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya keempat-empat suspek akan dipohon remah esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat