ARTIKEL

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli.

413,380 pelajar Sarawak terima bantuan RM150

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 413,380 pelajar di Sarawak akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang bagi tahun 2026, membabitkan peruntukan keseluruhan RM62,007,000.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata bantuan itu melibatkan 217,435 murid di 1,266 buah sekolah rendah, dengan jumlah agihan RM32,615,250.

Selain itu, katanya, seramai 195,945 pelajar di 194 buah sekolah menengah turut menerima bantuan tersebut dengan jumlah agihan RM29,391,750.

“Agihan BAP akan mula dibuat oleh pihak sekolah mulai 12 Januari 2026,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi menyediakan BAP yang disalurkan secara sekali beri berjumlah RM150 kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut.

“Ibu bapa harus pergi ke sekolah sebab ibu bapa perlu pastikan wang itu dibelanja untuk anaknya dan mereka kena dengar daripada guru masalah anak.

“Hendak wakilkan kepada anak tidak boleh sebab kita syaratkan ibu bapa harus ke sekolah kerana perbelanjaan ini tinggi… RM800 juta,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU