ARTIKEL

4,200 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Keprihatinan Kerajaan Sarawak terserlah apabila menyalurkan bantuan sebanyak 4,200 bakul makanan kepada penduduk Daro yang terjejas akibat banjir.
Kesemua bantuan itu disalurkan untuk penduduk Kampung Pangtray, Tengah, Lemang Pek dan Tebaang.
Dalam pada itu, ADUN Daro Safiee Ahmad turut turun padang membantu petugas sukarela mengagihkan sendiri bantuan berkenaan.
Sehubungan itu beliau berharap sumbangan yang disalurkan meringankan beban penduduk khususnya mereka yang sukar untuk mendapatkan barang makanan.
“Setakat ini, keadaan banjir di Daro menunjukkan penurunan dan saya mendoakan keadaan akan kembali pulih seperti biasa.
“Sehubungan itu, saya amat berharap bantuan disalurkan meringankan beban mereka terjejas,” katanya kepada media.
Walaupun banjir kali ini disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah namun beliau bersyukur kerana tidak berlaku sebarang insiden buruk sepanjang tempoh berkenaan.
“Saya juga ingin mengingatkan penduduk agar terus berwaspada kerana keadaan cuaca masih tidak menentu,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah turut menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Hadir sama pemangku Pegawai Daerah Daro, Madzihi Musa dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Haslinda Supu.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda