ARTIKEL

Sebanyak 43 saman dikeluarkan manakala seorang lelaki ditahan selepas disahkan positif ujian air kencing dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar daerah Bau. Foto IPD Bau

43 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebanyak 43 saman dikeluarkan dan seorang lelaki ditahan kerana positif ujian air kencing dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah di daerah Bau pada 26 September.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman menjelaskan bahawa operasi yang berlangsung dari jam 5 petang hingga 10 malam itu diketuai oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Bau dengan kerjasama pelbagai jabatan lain.

Beliau menyatakan bahawa operasi tersebut tertumpu di sekitar Jalan Bau-Kuching Lama, Jalan Fairy Cave, dan Jalan Bau-Batu Kawa bagi tujuan pencegahan jenayah serta pemeriksaan kenderaan.

Seramai 22 pegawai dan anggota telah memeriksa 118 individu serta 105 kenderaan, yang membawa kepada pengeluaran 43 keping saman PDRM (K)257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Polis turut menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menegaskan bahawa penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras aktiviti mencurigakan seperti dilapor TVS.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU