ARTIKEL

Tertuduh (berbaju kelabu, kanan) dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 3 bersama pesalah lain oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Pemuda 27 tahun mengaku bersalah amang seksual gadis 16 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kekasihnya yang masih di bawah umur.

Tertuduh berusia 27 tahun itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menyentuh kemaluan mangsa menggunakan kemaluannya dalam sebuah bilik di sebuah kampung di Petra Jaya sekitar jam 1.30 pagi pada Disember 2024.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mengulangi kesalahan itu terhadap mangsa yang sama di bilik yang sama sekitar jam 1.30 pagi pada Julai 2025.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama.

Musli menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berturut-turut.

Selain itu, tertuduh diperintahkan menjalani rawatan kaunseling sepanjang tempoh dipenjara dan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara.

Menurut fakta kes, pengadu dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa dia hamil.

Laporan polis dibuat terhadap tertuduh, seterusnya membawa kepada penangkapannya pada 30 Oktober 2025.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa pengadu dan tertuduh menjalin hubungan sejak Disember 2024.

Sekitar bulan tersebut, tertuduh membawa pengadu bersiar-siar sekitar kampung sebelum dibawa ke dalam sebuah bilik stor.

Pada ketika kejadian pertama itu, pengadu berusia 16 tahun lima bulan.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar Julai 2025 ketika pengadu berusia 17 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith Zahrullail, manakala tertuduh diwakili peguam Christopher Bada.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU