ARTIKEL

45 individu ditahan atas pelbagai kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 45 individu pelbagai warganegara telah ditahan Bahagian Penguatkuasa Imigresen (BPI) Kuching dalam Ops Selera dan Ops Kutip di empat lokasi di sekitar Bandaraya Kuching, bermula pagi semalam (Selasa).

Menurut hantaran Facebook rasmi BPI Kuching hari ini, kesemua individu terbabit ditahan atas pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa dan tidak memiliki pas kerja yang sah.

“Bertindak atas aduan dan maklumat risikan, kawasan sasaran operasi kali ini adalah di premis-premis makanan yang terletak di Tabuan dan Satok.

“Seramai 59 individu telah diperiksa melalui operasi tersebut melibatkan penahanan seramai 45 individu pelbagai warganegara,” kata hantaran itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu terbabit telah ditahan di bawah Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon untuk menyalurkan aduan ke Pejabat Imigresen berdekatan atau menggunakan saluran aduan atas talian di laman web rasmi Imigresen, https://www.imi.gov.my.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU