ARTIKEL

Pekerja Pindahkan Wang Syarikat RM486,000 Selepas Diperdaya Individu Menyamar Majikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang pekerja wanita diperdaya individu yang menyamar sebagai majikannya sehingga bertindak memindahkan wang syarikat berjumlah RM486,000 ke akaun suspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Azrol Anuar Nor berkata mangsa berusia 35 tahun dihubungi individu berkenaan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam kejadian pukul 10 pagi semalam.

Beliau berkata mangsa diarahkan memindahkan wang syarikat ke akaun suspek atas alasan pembayaran kontrak baharu.

Azrol Anuar berkata mangsa bagaimanapun menyedari ditipu selepas diminta membuat transaksi tambahan berjumlah sama dengan alasan berbeza.

“Mangsa turut gagal menghubungi majikan sebenar menerusi panggilan WhatsApp sebelum mendapati nombor telefon majikannya telah digodam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang arahan pemindahan wang serta membuat semakan melalui portal SemakMule atau menghubungi talian NSRC 997 jika menjadi mangsa penipuan.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk