ARTIKEL

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintenden Azrol Anuar Nor

Pekerja 35 tahun diperdaya majikan palsu, wang syarikat RM486,000 hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


JOHOR BAHRU: Seorang pekerja wanita kerugian RM486,000 wang syarikat selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai majikannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor, menyatakan mangsa berusia 35 tahun itu dihubungi suspek melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 10 pagi pada Jumaat.

Suspek mengarahkan mangsa memindahkan wang syarikat ke akaun miliknya dengan alasan untuk pembayaran kontrak baharu.

Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat transaksi tambahan dengan jumlah sama atas alasan berbeza seperti dilapor Bernama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala orang ramai dinasihatkan berwaspada serta menyemak melalui portal SemakMule atau menghubungi talian NSRC 997 jika menjadi mangsa penipuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri