ARTIKEL

Abdul Karim ketika ditemui pemberita.

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah jualan sebenar masih belum dimuktamadkan, namun beliau optimis pencapaian tahun ini mampu menghampiri rekod RM2.4 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan Regata Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, sambutan menggalakkan terhadap Festival Kraf dan Dapur Sarawak membuktikan penganjuran berkenaan bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan, malah menyediakan peluang perniagaan kepada pengusaha tempatan.

Abdul Karim berkata, susun atur ruang jualan kraf turut ditambah baik tahun ini bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Katanya, gerai jualan yang sebelum ini ditempatkan di kedua-dua belah ruang pameran kini dipusatkan di sebelah kanan, manakala bahagian kiri dikhaskan sebagai laluan pengunjung.

Sementara itu, beliau berkata, Dapur Sarawak turut menerima sambutan menggalakkan, walaupun jumlah jualannya masih belum diperoleh.

Sambutan berkenaan turut didorong kehadiran pelancong dan delegasi antarabangsa yang berada di Kuching bagi menghadiri pelbagai acara, termasuk Perhimpunan Agung ICOMOS yang menghimpunkan 1,800 delegasi dari 109 negara.

Selain itu, pertemuan antarabangsa kumpulan etnik Cawan yang melibatkan kira-kira 1,500 peserta dari seluruh dunia turut menyumbang kepada kemeriahan aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.

Abdul Karim berharap maklum balas positif pelancong terhadap penganjuran acara, keramahan penduduk serta prestasi hotel di sekitar Tebingan Kuching dapat terus meningkatkan daya tarikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan