ARTIKEL

Abdul Karim.

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan terus menjadi keutamaan negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan politik Sarawak mengutamakan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, berbeza daripada persaingan politik berasaskan sentimen identiti yang semakin ketara di Semenanjung.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, perpecahan dalam kalangan parti yang mewakili masyarakat Melayu dan Cina serta penggunaan sentimen kaum ketika berkempen berpotensi menjejaskan perpaduan jika tidak ditangani dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Regata Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, seruan supaya pengundi memilih parti berdasarkan kaum semata-mata bukan pendekatan yang mampu menyumbang kepada perpaduan dan kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.

Sebaliknya, Sarawak memberi penekanan kepada kepentingan bersama tanpa menjadikan perbezaan kaum atau agama sebagai asas utama dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri.

Pendekatan itu selari dengan hala tuju pentadbiran Sarawak sejak 2017 di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak yang layak di universiti milik kerajaan negeri serta memperkukuh infrastruktur melalui pembinaan lebuh raya pesisir dan jambatan.

Usaha memperkukuh ekonomi negeri menerusi pelbagai inisiatif pembangunan turut bertujuan memperluas peluang ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Justeru, kestabilan politik dan perpaduan masyarakat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU