ARTIKEL

18 warga Taiwan ditahan, disyaki sindiket penipuan menyamar polis Hong Kong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menahan 18 warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai polis Hong Kong, selepas serbuan di dua unit apartmen mewah di ibu negara pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Ahmad Azwan Amin Nordin, menyatakan suspek terdiri daripada 17 lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 43 tahun yang ditahan pada pukul 6.35 petang.

Dalam operasi itu, polis merampas 69 telefon bimbit, lima komputer riba dan dua baju seragam polis Hong Kong.

Berdasarkan barang kes tersebut, sindiket itu disyaki menyamar sebagai anggota polis Hong Kong untuk memperdaya mangsa dari negara berkenaan, dan siasatan awal menunjukkan ia menggunakan capaian internet tempatan serta dipercayai beroperasi kira-kira lima bulan seperti dilapor Bernama.

Semua suspek direman selama empat hari hingga 2 Nov bagi siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mahdi menang Perodua Bezza di SKS 2026 Sri Aman

SIMANGGANG: Rezeki tidak diduga buat Mahdi Sahari dari Taman Sri Jaya apabila membawa pulang sebuah Perodua Bezza G 1.0 berwarna hitam menerusi cabutan bertuah e-Peraduan