ARTIKEL

Para pelajar dan kakitangan mendengar taklimat daripada Ketua BBP Lutong, PBT II Henry Jugah. - Foto: BBP Lutong

450 pelajar, 100 kakitangan Sarawak Skills/i-Cats Miri hadiri Latihan Pengungsian Bangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama Sarawak SkillS Miri telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan di bawah program Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di pekarangan Bangunan Sarawak Skills Miri.

Ia turut dihadiri oleh Ketua BBP Lutong, PBT II Henry Jugah, bersama lima anggota Pasukan Bravo yang diketuai PBK II Kebing Ngau, dengan menaiki sebuah jentera bomba dan pacuan empat roda ke tempat tersebut.

Menurut penyelaras program, Winnerson Creatcien Collin, tujuan utama program itu adalah untuk membantu mereka menyiapkan tugasan tentang latihan ‘fire drill’.

Selain daripada itu, ia juga bertujuan bagi mengajar penghuni di Sarawak Skills Miri bagaimana untuk bertindak dengan tenang dan keluar teratur daripada bangunan sekiranya ada kecemasan yang melibatkan kebakaran dan kecemasan lain.

Pada akhir ‘fire drill’, mereka diajar tatacara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api mudah alih.

Turut hadir, Ts. Syuhaira Mohd Zin selaku Pengarah Kampus Sarawak Skills Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU