ARTIKEL

Seramai 48 warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Foto JIM Sarawak

48 warga asing tanpa dokumen sah ditahan di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 48 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada 6 Januari 2026 atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.


Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia, dengan pemeriksaan dijalankan ke atas 96 individu di beberapa lokasi sekitar Kuching, termasuk Pusat Komersial Kuching City Mall, Pusat Perniagaan Desa Ilmu serta premis makanan di Matang Hub.


“Hasil pemeriksaan mendapati sebilangan warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah serta dipercayai bekerja secara tidak sah di premis-premis terbabit.


“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.


Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan komitmen untuk terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. -TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU