ARTIKEL

SHARIFF BUJANG. Foto UKAS

49 kontinjen bakal sertai perarakan Maulidur Rasul di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sebanyak 49 kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta kampung termasuk masjid dan surau dijangka memeriahkan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman, Rabu depan.

Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang berkata, perarakan berkenaan akan berlangsung di Tebingan Sri Aman.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman di Wisma Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), hari ini.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan membincangkan persiapan dan penyelarasan agensi terlibat bagi memastikan kelancaran perarakan, selain menjamin keselamatan peserta dan orang awam sepanjang program berlangsung.

“Kerjasama semua agensi amat penting bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar, khususnya dari aspek pengurusan lalu lintas dan keselamatan peserta serta orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak media dapat membantu mempergiat hebahan mengenai program berkenaan, termasuk maklumat berkaitan laluan perarakan serta penutupan jalan kepada orang awam.

Hebahan awal penting bagi membolehkan orang ramai membuat persediaan dan merancang perjalanan masing-masing sepanjang program berlangsung.

Antara agensi yang terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Pakit, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Hospital Sri Aman, Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Majlis Daerah Sri Aman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,