ARTIKEL

Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kuching di kawasan Masja malam tadi.

5 individu ditahan, 5 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Masja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima lelaki ditangkap dan lima buah motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kuching di kawasan Masja malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kesemua yang ditangkap itu berusia antara 14 hingga 20 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala motosikal disita di bawah Seksyen 60 APJ 1987 kerana didapati telah diubah suai.

“Sepanjang operasi ini, seramai 36 individu dan 36 buah motosikal telah diperiksa, dengan sebanyak 53 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya operasi itu yang bermula jam 4 petang semalam hingga 1 pagi, hari ini melibatkan dua orang pegawai kanan dan sembilan anggota bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU