ARTIKEL

MOHON BANTUAN…Ibu bapa Alicia sambil ditemani Milton meminta orang ramai menjejaki keberadaan anak tunggal mereka.

50 Hari Hilang Tanpa Berita, Keluarga Mohon Bantu Kesan Alicia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penantian lebih 50 hari tanpa sebarang khabar berita mendorong sepasang suami isteri di sini mendapatkan bantuan pihak berkuasa bagi mengesan anak perempuan tunggal mereka, Alicia Koh Shing Hui, 29, yang terputus hubungan dengan keluarga sejak 17 Mei lalu.

Mereka berharap agar Kementerian Luar Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan dapat membantu mengesan keberadaan Alicia yang dipercayai berada di Hong Kong selepas memaklumkan tiba di wilayah itu sekitar April lalu.

Menurut bapanya Kho Ting Eng, 59, sehingga kini, keluarga masih belum menerima sebarang panggilan, pesanan atau khabar berita daripada Alicia, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan keselamatan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.

“Alicia memaklumkan kepada kami bahawa dia tiba di Hong Kong sekitar April lalu. Bagaimanapun, sejak perbualan terakhir menerusi aplikasi WeChat pada 17 Mei, tiada lagi panggilan, pesanan mahupun sebarang khabar berita diterima daripadanya,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media di pejabat Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo, hari ini.

Susulan kehilangan itu, keluarga membuat laporan polis pada 5 Julai sebelum mendapatkan bantuan Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo.

Pihak keluarga turut mengemukakan permohonan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia bagi membolehkan usaha mengesan Alicia dilakukan menerusi saluran diplomatik.

Milton berkata, antara perkara yang perlu diberi keutamaan ialah mengesahkan sama ada Alicia benar-benar memasuki Hong Kong berdasarkan rekod imigresen kerana maklumat itu penting untuk menentukan hala tuju siasatan.

Beliau berkata, keluarga turut menyerahkan beberapa dokumen yang ditemui di bilik Alicia, termasuk surat jemputan berkaitan lawatan ke China dan maklumat mengenai seorang lelaki dipercayai berasal dari wilayah Henan yang dikenalinya menerusi permainan dalam talian bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, semua maklumat itu masih memerlukan penelitian lanjut dan tidak boleh dijadikan kesimpulan berhubung kehilangan wanita berkenaan,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan