ARTIKEL

Fatimah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2025 Bahagian Mukah, hari ini.

50 penerima bantuan diceriakan dalam Majlis Sejambak Kasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kerajaan Sarawak akan terus menyokong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dalam melaksanakan Majlis Sejambak Kasih sempena perayaan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif ini bertujuan memastikan penerima bantuan bulanan tidak terbeban semasa perayaan.

“Selain menceriakan mereka semasa musim perayaan, sumbangan ini juga dapat meringankan beban kewangan penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2025 Bahagian Mukah, di Dewan Persatuan Masyarakat Foochow, hari ini.

TERIMA KASIH… Fatimah menerima cenderamata daripada Dariel (tiga kiri) dalam majlis tersebut.

Fatimah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, menyatakan bahawa seramai 8,135 penerima bantuan JKM menyambut Tahun Baharu Cina di Sarawak. Di Bahagian Mukah, seramai 161 orang terlibat, dengan 50 orang menerima sumbangan pada majlis ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan bulanan JKM Sarawak untuk tahun 2024 berjumlah RM258,491,300, merangkumi Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja OKU, dan lain-lain.

Selain itu, Bantuan Ihsan Kematian Kenyalang Gold Card, Kenyalang Gold Card, dan Kad OKU juga disampaikan kepada beberapa penerima.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JKM Sarawak Norhayati Abdul Rahman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Dariel Tiong Yiew Seng, Residen Bahagian Mukah Datuk Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, dan Penghulu Cina Daerah Mukah Henry Lee Liong Ing.

RAKAM KENANGAN… Fatimah bergambar bersama yang lain selepas majlis itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU