Seramai 50 penduduk Tudan Fasa 4 menyertai program keselamatan kebakaran rumah dan celik S.U.R.I (Sedia Urus Risiko Isi rumah).
Program ini dianjuran oleh JKP 12 MBM (Tudan-Lutong) bersama-sama Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, program ini julung kali diadakan khas untuk kaum wanita.
Mereka diberi penerangan keselamatan kebakaran dan cara mengatasinya oleh PBK II Mohammad Faizul Ali.
Selain itu, mereka diberi demontrasi menggunakan alat pemadam api oleh Aloyses Ganang.
Mereka juga diberi penerangan tentang bahaya denggi dan langkah-langkah pencegahan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri serta program kompos dengan kaedah bokashi oleh pihak MBM.




