ARTIKEL

Serbuan yang dilakukan oleh BPI semalam berjaya menahan 50 warga negara asing. - Foto: JIM Sarawak

50 warga asing tinggal lebih masa, tidak ada permit sah, ditahan Imigresen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 50 warga negara asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen (BPI) Kuching kerana tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia, semalam.

Menurut hantaran Facebook Imigresen semalam, kesemua warga negara asing itu ditahan bawah Ops Sapu yang dilaksanakan di tiga lokasi berbeza di Kuching.

“Bertindak atas maklumat aduan dan risikan, BPI Kuching mengadakan serbuan ke lokasi-lokasi terbabit yang terletak di kawasan Padungan dan Sungai Maong.

“BPI Kuching pada kali ini menyasarkan dua rumah kedai dan sebuah rumah kongsi tapak pembinaan yang terletak di kawasan-kawasan tersebut,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, operasi yang bermula pada jam 1 pagi telah menahan seramai 50 individu kerana tinggal melebihi masa dan tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Seramai 88 individu warga asing telah diperiksa sepanjang operasi tersebut dijalankan yang berakhir pada jam 4.30 pagi.

“Kesemua tahanan tersebut merupakan individu-individu warga asing yang terdiri daripada 32 lelaki dan 18 wanita.

Baca lain  Nanta jadi ‘Tuai Pengabang’ Malam Pra-Gawai Sibu

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Majikan dan pekerja warga asing yang berhasrat untuk bekerja di Sarawak dinasihatkan supaya memohon pas lawatan kerja yang sah dan bersesuaian selaras dengan peruntukan undang-undang Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau melalui saluran aduan online sedia ada,” kata hantaran itu.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda