ARTIKEL

56 sertai seminar pengadil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 56 orang pengadil dari Bahagian Samarahan menghadiri seminar yang diadakan baru-baru ini.

Seminar pengadil yang berlangsung sehari itu dikendali oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Fitry Johnwayne.

“Seminar tersebut yang lebih fokus kepada sesi perbincangan selain memberi pendedahan kepada barisan pengadil terlibat,” ujar Fitry kepada Arena Suara Sarawak.

SELESAI SEMINAR… Para pengadil terlibat dengan seminar tersebut.

Katanya, program berkenaan sebagai langkah awal memperkemaskan barisan pengadil sebelum menerima amanah melaksanakan tugas mengendalikan perlawanan selepas ini.

Sementara itu, berlangsung sama pada majlis itu ialah penyerahan lesen serta lencana kepada semua pengadil terbabit.

Majlis tersebut telah disempurnakan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Jalek Jafar serrta turut dihadiri beberapa exco lain.

Jalek dalam ucapan ringkasnya berharap adanya barisan pengadil terbabit dapat menampung keperluan pihaknya tatkala menganjur sesuatu kejohanan kelak.

“Saya percaya adanya barisan pengadil ini akan dapat memberi kelebihan kepada kami (PBBS) dalam menganjurkan sebarang kejohanan selepas ini,” jelas Jalek.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium