ARTIKEL

Antara yang ditangkap dalam Ops Tapis Khas Narkotik yang dijalankan oleh IPD Kuching pada 6 hingga 14 Disember lalu.

59 Individu Dicekup Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 59 individu ditangkap dalam Ops Tapis Khas Narkotik yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dari 6 hingga 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP, Alexson Naga Chabu berkata daripada jumlah itu, dua orang ditahan di bawah Seksyen 29A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, sembilan orang di bawah Seksyen 12(2) dan 48 orang di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Beliau menambah beberapa jenis dadah turut dirampas termasuk 23.84 gram methamphetamine dan 0.90 gram pil Erimin 5 dengan anggaran nilai keseluruhan RM2,682.

“Kejayaan ini adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Alexson menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah kepada polis melalui Hotline JSJN di nombor 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU