MUKAH: Seramai 60 penerima di bawah kawasan Parlimen Mukah menerima Sumbangan Peruntukan Khas Fasa 2 bagi Tahun 2026 berjumlah RM353,755.41.
Sumbangan tersebut adalah daripada Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib.



TERIMA KASIH….Almalhakim (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima Peruntukan Khas Fasa 2 bagi Tahun 2026, hari ini. (FOTO: FB HANIFAH HAJAR TAIB)
Penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil Hanifah iaitu Pegawai Pusat Khidmat, Almalhakim Norshidi kepada para penerima di Pusat Khidmat Parlimen Mukah, hari ini.
Keseluruhan peruntukan berjumlah RM353,755.41 itu disalurkan bagi melaksanakan projek dan aktiviti khusus untuk penduduk di bawah kawasan Parlimen Mukah.
Sehubungan itu, dengan adanya sumbangan berkenaan, ia dijangka dapat membantu Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Mukah.
Ini terutamanya dalam melaksanakan aktiviti, program dan projek kecil bersama-sama komuniti di kawasan Parlimen Mukah.

