ARTIKEL

BANTU… Sebahagian anggota ATM membersihkan rumah mangsa banjir.

64 anggota ATM bantu selamat, bersih rumah mangsa banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 64 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam kerja-kerja menyelamat serta membersihkan rumah mangsa banjir menerusi Op Murni di daerah ini sejak Khamis lalu.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dalam kenyataan hari ini, seramai lima pegawai dan 59 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) mengikuti operasi itu.

BANTU… Sebahagian anggota ATM membersihkan rumah mangsa banjir.

“Hujan lebat yang melanda Daerah Kuching mulai 15 hingga 16 Februari lalu menyebabkan beberapa lokaliti terjejas dan dinaiki air, antaranya kawasan Matang, Bau dan Taman Malihah.

“Susulan itu, ATM melalui pelaksanaan Op Murni dengan mengaturgerakkan sebahagian trup dan aset milik Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu DiRaja (11 RAMD) di kawasan terjejas,” kata kenyataan itu, hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak tiga trak, dua bot dilengkapi Outboard Motors (OBM) dan 60 pasang jaket keselamatan telah diaturgerakkan.

“Beberapa pasukan di bawah naungan Briged Ketiga Infantri Malaysia turut diletakkan dalam keadaan siap sedia bagi membantu proses pemindahan dan pembersihan melibatkan beberapa kawasan yang dikenal pasti,” ujarnya.

Tegasnya, TDM terus komited melaksanakan tugas-tugas dalam Op Murni bagi membantu agensi-agensi awam lain termasuk kerja membersihkan kawasan kediaman mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,