6,774 warga Parlimen Tanjong Manis dapat sumbangan syawal

SARIKEI: Ahli Parlimen P.206 Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab menyumbangkan bantuan Covid-19 sempena Aidilfitri kepada seluruh penduduk di kawasan beliau termasuk di Pulau Bruit.

Secara keseluruhan seramai 6,774 Ketua Isi Rumah (KIR) Tanjong Manis menerima agihan berkenaan.

Sehubungan itu, sebanyak 2,371 bungkusan makanan diagihkan sepanjang tempoh dua hari bermula 17 Mei dan 18 Mei.

Jurucakap Pusat Khidmat P.206 Tanjong Manis berkata, pengagihan bermula di Kampung Seberang Sarikei sebanyak 598 bungkusan, disusuli Parit Bugis (35), Susur Jambu (530), kawasan Keria (132) Baji (83), Jalan Century (93), Jalan Hj Karim (60) dan Teratai (26).

“Ini merupakan sumbangan ketiga sepanjang tempoh perlaksanaan PKP. Ia diteruskan ke kawasan Pulau Bruit. Kita berharap proses penghantaran selesai sepenuhnya pada 21 Mei ini.

“Bantuan kali ini bertujuan meringan beban penerima menjelang sambutan Hari Raya tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, penghantaran terus dilakukan untuk penduduk Kampung Baru Selalang (22 bungkusan), Kampung Masjid (90), Kampung Lama (77) dan Kampung Bunga Tanjung (64).

Manakala agihan untuk kawasan Bintangor pula meliputi Zon 1 (bungkusan 78), Zon 2 (95), Zon 3 (81), Zon 4 (67), Zon 5 (73), Zon 6 (57), Zon 7 (65) dan Tanjung Bundong (45)

“Semua sumbangan disalurkan dari Pusat Khidmat Parlimen P.206 Tanjong Manis. Ia dibantu pelbagai pihak antaranya, KMKK, Pemuda dan Wanita PBB N.41 Kuala Rajang, Saberkas Bintangor, Sukarelawan dan Kaunselor,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk yang bakal meraikan Gawai juga tidak dilupakan dan mereka dijangka menerima agihan pada 27 hingga 30 Mei.

KREDIT FOTO: Saharudin Abu Seman
KREDIT FOTO: Saharudin Abu Seman