ARTIKEL

Anwar ketika berucap dalam Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK di sini. | (MOHD ALIF NONI)

7,095 pelajar baharu IPT terima bantuan tiket penerbangan RM500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 7,095 pelajar baharu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang perlu menggunakan penerbangan domestik (di antara Semenanjung Malaysia dengan Borneo) menerima bantuan khas pembelian tiket penerbangan sebanyak RM500 seorang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, bantuan secara sekali bayar itu disediakan bagi pelajar yang memulakan pengajian bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini.

“Memberikan bantuan khas pembelian tiket penerbangan secara sekali beri (one-off) sebanyak RM500 kepada setiap pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU