ARTIKEL

Acara simbolik penyerahan projek kepada Institut Tahfiz Bintulu (ITB) melalui pasca tuai pakchoy daripada sistem bioponik.

71 pelajar tahfiz sertai pembelajaran sains dan bioponik di UPMS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 71 pelajar Institut Tahfiz Bintulu (ITB) mengikuti pembelajaran sains di makmal Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), merangkumi biologi asas, nutrisi, mikroorganisma, teknologi pengeluaran makanan dan aplikasi sistem bioponik.

Menurut kenyataan UPMS, program tersebut dilaksanakan sejak Julai lalu bagi memperkukuh pendidikan komuniti dan meningkatkan literasi sains dalam kalangan pelajar tahfiz.

“Ia merupakan sebahagian inisiatif Program Pendayaan Komuniti @UniMADANI di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Projek Bioponik 3T yang dipasang sepenuhnya di pusat tahfiz berkenaan.

“Pendedahan praktikal ini membentuk kefahaman lebih kukuh dalam penguasaan konsep sains dan agroteknologi,” jelas kenyataan itu.

Pengarah UPMS, Prof Dr Shahrul Razid Sarbini berkata program berkenaan membuka ruang pembelajaran baharu bagi pelajar tahfiz, bukan hanya tertumpu kepada ilmu agama.

“Kami mahu pelajar merasai sendiri pengalaman makmal supaya mereka lebih yakin memahami sains secara praktikal dan bukan teori semata-mata,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sesi pembelajaran dikendalikan melalui kerjasama Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan (JSHP) serta Jabatan Sains Tanaman (JST).

“Pelajar turut diberi peluang menggunakan peralatan makmal moden dalam siri eksperimen bersama pensyarah UPMS.

“UPMS juga melaksanakan modul Latihan Tenaga Pelajar (TOT) untuk guru ITB bagi memastikan kesinambungan latihan seperti pemantauan air, penyediaan tangki dan penyelenggaraan sistem bioponik,” jelasnya.

Pendekatan TOT itu memastikan pemindahan ilmu dapat dijalankan secara mampan dan tersusun selain membolehkan guru mengendalikan aktiviti amali sains secara berkesan selepas latihan tamat.

UPMS turut menyiapkan Projek Bioponik 3T untuk dipasang sepenuhnya di ITB, yang menggabungkan ternakan puyuh, tanaman pakchoy dan akuakultur tilapia dalam satu sistem lengkap.

“Sistem ini direka bentuk, dipasang dan diuji oleh penyelidik UPMS sebelum diserahkan secara rasmi pada majlis perasmian yang dihadiri pengurusan UPMS dan ITB,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi ITB, Mohamad Yacop Mohamad Junit menerima projek tersebut bagi pihak institusi.

UPMS memaklumkan bahawa projek berkenaan bukan sahaja bertujuan pendidikan, malah memperkukuh hubungan universiti dan komuniti.

“Sistem ini turut menjadi platform meningkatkan kesedaran mengenai keterjaminan makanan di peringkat tempatan, selain pendekatan praktikal yang membantu pelajar memahami operasi bioponik sebenar.

“Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami biologi, nutrisi dan sistem makanan secara lebih menyeluruh dan UPMS berharap projek tersebut menjadi model rujukan bagi institusi pendidikan lain di Sarawak,” ujar kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU