ARTIKEL

Sharbini menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak di bawah jagaan PERYATIM.

72 Anak Yatim Terima Kejutan Aidilfitri Sarawak Energy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 72 kanak-kanak di bawah jagaan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Kuching menerima sumbangan Sarawak Energy menerusi program Jalinan Kasih Ramadan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili berkata, Ramadan merupakan peringatan penting mengenai nilai keprihatinan, kemurahan hati dan perpaduan khususnya dalam membantu golongan memerlukan.

“Ramadan adalah masa untuk kita menghayati nilai keprihatinan, kemurahan hati dan kebersamaan. Ia mengingatkan kita untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan tambahan.

“Menerusi majlis ini, kami berbesar hati kerana dapat berkongsi semangat Ramadan bersama-sama anak-anak PERYATIM dan membawa sedikit kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan Sarawak Energy dalam menyokong komuniti di kawasan operasinya, di samping menyemarakkan semangat keprihatinan sepanjang bulan suci ini.

Sharbini merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan anak-anak di bawah jagaan PERYATIM.

Selain itu, Sarawak Energy turut menyalurkan sumbangan kepada PERYATIM dan Rumah Seri Kenangan Kuching sebagai sokongan terhadap usaha berterusan kedua-dua organisasi berkenaan dalam menjaga kebajikan golongan sasar.

Program Jalinan Kasih Ramadan merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sarawak Energy yang lebih luas bagi memberikan impak sosial yang bermakna kepada masyarakat.

Melalui usaha menyantuni anak-anak PERYATIM serta menyokong Rumah Seri Kenangan Kuching, syarikat berkenaan berhasrat menyediakan sokongan moral dan material selain memupuk nilai inklusiviti sepanjang musim perayaan.

Terdahulu, Sharbini menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan tersebut kepada anak-anak PERYATIM yang hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU