ARTIKEL

Fatimah bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Sarawak, hari ini. (FOTO: ALIF NONI)

743,000 kali penggunaan dadah berjaya disekat hasil rampasan bernilai RM45 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

UCHING: Rampasan sebanyak 541 kilogram dadah dan substans terlarang serta 113 liter ketum bernilai lebih RM45 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berjaya menghalang hampir 743,000 kali penggunaan dadah di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata rampasan tersebut dianggarkan berjaya menyekat sebanyak 742,804 kali penggunaan dadah dan bahan terlarang.

Beliau berkata jumlah tersebut juga berpotensi melindungi seramai 185,700 individu dalam tempoh sebulan daripada terdedah kepada risiko penyalahgunaan bahan berkenaan.

“Rampasan tersebut melibatkan pelbagai jenis dadah dan substans berbahaya termasuk syabu, ketamin, ganja, serbuk ekstasi serta pil terlarang yang menjadi ancaman utama kepada kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

“Kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan 5,675 operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh pelbagai agensi berkaitan di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Peringkat Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 7,526 tangkapan berkaitan dadah dan bahan terlarang direkodkan di Sarawak setakat Mei lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lebih 60 peratus tertumpu di empat daerah berisiko tinggi iaitu Kuching dengan 2,080 tangkapan, diikuti Sibu (906), Bintulu (787) dan Miri (776).

“Daripada keseluruhan tangkapan tersebut, seramai 5,902 individu atau 78.4 peratus didapati positif ujian saringan air kencing.

“Sebanyak 1,274 tangkapan atau 16.9 peratus melibatkan kes pemilikan dadah dan bahan terlarang, manakala 350 tangkapan atau 4.7 peratus melibatkan aktiviti pengedaran,” ujarnya.

Beliau menambahkan, Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan pendekatan bersepadu yang menggabungkan lima teras utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dan reintegrasi sosial bagi memastikan isu dadah ditangani secara menyeluruh serta berkesan.

“Pendekatan tersebut membolehkan Sarawak mengekalkan kadar individu yang mendapatkan bantuan pada tahap memberangsangkan dengan nisbah 1:4, iaitu lebih baik berbanding purata kebangsaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sistem Pengurusan Kes Bersepadu Sarawak (ISICMS) terus memainkan peranan penting dalam menyelaras intervensi terhadap individu yang terkesan dengan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

“Setakat 30 April lalu, sebanyak 4,558 kes dirujuk melalui ISICMS dan daripada jumlah tersebut, seramai 4,315 individu menerima intervensi, bantuan atau perkhidmatan berdasarkan keperluan.

“Pencapaian ini membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap individu yang terkesan dengan isu sosial tidak tercicir daripada sistem sokongan dan intervensi,” katanya.

Beliau berkata bagi memperkukuh pelaksanaan sistem itu di seluruh Sarawak, seramai 227 peserta daripada 87 agensi telah dilatih dan dilantik sebagai pegawai penyelaras ISICMS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,