ARTIKEL

80 anggota kesihatan KKM positif COVID-19 – Noor Hisham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif COVID-19 di kemudahan kesihatan KKM.

“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai COVID-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.

Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif COVID-19. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira