ARTIKEL

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

85 peratus veteran ATM bawah 60 tahun punya kerjaya kedua – Adly

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SABAK BERNAM: Sebanyak 85 peratus daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berumur bawah 60 tahun mempunyai kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmatan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, kebanyakan mereka menceburi bidang keusahawanan, selain terlibat dalam industri keselamatan dan bekerja di sektor swasta.

“Kementerian Pertahanan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memastikan veteran ditawarkan peluang kerjaya kedua yang bersesuaian.

“Sebahagian besar daripada mereka menamatkan perkhidmatan pada usia sekitar 40 tahun. Mereka masih muda dan berpotensi besar untuk terus menyumbang dalam pelbagai sektor,” katanya selepas Program Santuni Veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran MADANI (PVM) daerah Sabak Bernam di Jalan Sentosa, Pasir Panjang di Sekinchan, di sini, pada Isnin.

Adly berkata, setakat ini terdapat sebanyak 312,000 veteran ATM meliputi pelbagai peringkat usia berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Beliau berkata, Program Veteran MyWIRA yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan bersama KESUMA menjadi antara platform penting dalam menyusun penempatan semula veteran ke dalam industri yang memerlukan tenaga kerja berdisiplin dan berkemahiran tinggi.

Dalam pada itu, Adly berkata, kementeriannya bersikap terbuka terhadap cadangan melibatkan veteran ATM dalam operasi kawalan sempadan seperti di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Adly juga menyambut baik cadangan pengambilan veteran sebagai warden di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan menyarankan agar perbincangan lanjut diadakan bagi menentukan peranan yang bersesuaian.
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU