SEMPENA Agenda Warisan Pintar Old Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan menganjurkan e-Peraduan .
E-Peraduan ini akan diadakan pada 25 sehingga 31 Mac ini di Tebingan Kuching.
Sehubungan itu, warga Kuching amat dialu-alukan untuk menyertai e-Peraduan ini.
Bagi yang berminat e-Peraduan ini, diingatkan agar memuat turun aplikasi Sarawak Pay terlebih dahulu kerana yuran pendaftaran dibayar secara dalam talian.
Yuran penyertaan adalah RM2.00 sahaja dan pembayaran yuran dibayar melalui aplikasi Sarawak Pay.
Pelbagai hadiah menarik berupa barangan elektrik dan hadiah utama adalah sebuah motosikal akan menanti anda.
Bagi melayakkan untuk menyertai e-Peraduan, setiap peserta dikehendaki menjawab lima soalan kuiz dan meneka satu bola ping pong.
Warga Kuching dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi e-Peraduan sempena Tebingan Kuching nanti.