ARTIKEL

Raptai perarakan Gawai Dayak 2025. GAMBAR: UKAS

90 Kontinjen Siap Meriahkan Perarakan Gawai Dayak 2025 Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perarakan Gawai Dayak 2025 yang dijadualkan esok akan menampilkan 90 kontinjen termasuk 12 perarakan kenderaan berhias daripada pelbagai suku kaum Dayak di Sarawak seperti Orang Ulu, Iban dan Bidayuh.

Perarakan akan bermula pada jam 2 petang dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Pentas Utama Kuching Waterfront, meliputi laluan sepanjang 1.2 kilometer.

Acara itu bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan serta pelancong domestik.

Raptai penuh perarakan tersebut berlangsung lancar di sekitar Bangunan Tun Jugah hari ini, memperlihatkan kesiapsiagaan rapi semua kontinjen dan jawatankuasa terlibat menjelang acara kemuncak esok.

Sesi taklimat keselamatan dan pergerakan perarakan telah diadakan terlebih dahulu sebelum raptai dimulakan, melibatkan semua pasukan dan urus setia yang terlibat.

Raptai tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Kennedy Chukpai Ugon, bagi meninjau persiapan akhir menjelang acara sebenar.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau serta ADUN Ba’kelalan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Baru Bian.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road