ARTIKEL

930 karton rokok dan 33 kotak minuman keras seludup dirampas di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebanyak 930 karton rokok dan 33 kotak minuman keras dirampas daripada satu sindiket penyeludupan menerusi serbuan yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Salim, di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata rokok yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000 dan minuman keras bernilai lebih RM11,000 itu dirampas dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan dari Unit Risikan Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

“Pasukan serbuan turut berjaya membuat tangkapan ke atas dua orang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah turut dirampas dua buah kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Kenari.

Mohd Azman berkata tangkapan dan rampas diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu untuk tindakan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU