ARTIKEL

KPM

96,013 Pelajar Tingkatan Enam Terima Bantuan Awal Persekolahan 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM14,401,950 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada 96,013 pelajar tingkatan enam di seluruh negara bagi 2026.

KPM menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan bantuan tersebut melibatkan pelajar tingkatan enam baharu dan sedia ada, susulan peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam yang mula dilaksanakan pada tahun lalu.

“Seramai 52,810 pelajar tingkatan enam baharu yang mendaftar pada 8 Jun lalu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

“Agihan bantuan kepada pelajar baharu itu dilaksanakan oleh PTE bermula 28 Jun hingga 27 Julai ini,” ujar kenyataan.

KPM berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga bagi membuat persediaan keperluan persekolahan.

Menurut kementerian itu, inisiatif berkenaan turut membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan tingkatan enam serta memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,