ARTIKEL

Uggah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026, semalam.

99 Kontinjen Dijangka Meriahkan Perarakan Niti Daun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perarakan Niti Daun yang dijadual berlangsung pada 20 Jun depan di Tebingan Kuching, dijangka menghimpunkan sejumlah 99 kontinjen dari seluruh Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia sekali gus menjadi antara acara kemuncak sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026.

Menurutnya, persiapan bagi acara berkenaan kini giat diselaraskan bagi memastikan kelancaran penganjurannya serta penyertaan semua kontinjen terlibat.

“Kerjasama erat antara semua jawatankuasa dan agensi yang terlibat amat penting bagi memastikan keseluruhan sambutan Gawai Dayak tahun ini berjalan lancar dan teratur.

“Sambutan ini bukan sahaja platform untuk meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, tetapi juga medium penting dalam memperkukuh perpaduan serta mempromosikan keunikan budaya Sarawak kepada masyarakat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026, di sini, semalam.

Ujarnya, agenda utama mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan persiapan dan penyelarasan dua acara tonggak sambutan Gawai Dayak tahun ini iaitu Niti Daun dan Majlis Makan Malam Gawai Dayak.

“Sementara itu, Majlis Makan Malam Gawai Dayak dijadual berlangsung pada 21 Jun depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK),” tegasnya.

Mesyuarat tersebut turut meneliti pelaksanaan dua acara utama yang berlangsung dengan jayanya di Miri sepanjang 1 hingga 23 Mei lalu iaitu Gawai Dayak Bazaar dan Ethnocultural Festival yang menerima sambutan memberangsangkan daripada masyarakat pelbagai kaum.

Beliau turut berharap semangat kerjasama, komitmen dan sokongan semua pihak dapat diteruskan bagi memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif penganjurannya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,